SEORANG penumpang dari China yang menaiki pesawat dari Beijing ke Guangzhou, telah bertindak kejam dengan mencurahkan air kepada dua pramugari selepas mereka secara tidak sengaja telah tertumpah air jus ke atasnya.
Penumpang biadap yang dikenali sebagai Shen itu berbuat demikian kerana pramugari berkenaan gagal mengemukakan permohonan maaf secara bertulis.
Dia kemudiannya telah ditangkap polis kerana berperangai tidak senonoh.
Kejadian pada 10 April itu berlaku dalam penerbangan CZ323 pesawat domestik China Southern Airlines.
Ia bermula apabila salah seorang daripada pramugari berkenaan telah secara tidak sengaja tertumpah air jus yang dipegangnya.
Shen yang marah, telah menuntut permohonan maaf secara lisan dan bertulis.
Pramugari itu dilaporkan telah meminta maaf secara lisan namun lelaki itu tidak berpuas hati dan mahukan surat maaf.
Dia kemudiannya mengambil sebotol air lalu dicurahkan ke atas dua pramugari pesawat itu. Anak kapal yang lain kemudiannya memaklumkan kepada polis.
Shen telah ditahan selama tiga hari. – MYNEWSHUB.CC