Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hot Mama! Daphne Iking...

NAMA Daphne Iking tidak perlu diperkenalkan lagi, malah dia merupakan di antara pengacara...

Rahsia RM1 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR – Setiap kali menjelangnya bulan ini, debaran warga peneroka Lembaga Kemajuan...

Anjing Rottweiler Digelar ‘Robodog’...

SEEKOR anjing baka Rottweiler digelar 'Robodog' kerana menggunakan empat kaki palsu selepas kakinya dipotong...

Pahang ‘Halalkan’ Aktiviti Melombong...

LIPIS: Pahang mewujudkan Skim Pelombong Kecil (SPK) kepada pengusaha aktiviti perlombongan mineral untuk...

Laporan PAC Berkaitan 1MDB Lewat Kerana Perlu Terperinci

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata berlaku kelewatan dalam pembentangan laporan jawatankuasa itu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Dewan Rakyat kerana laporan itu perlu terperinci.

Beliau berkata adalah tidak tepat jika PAC mengumumkan hasil siasatan secara tidak matang tanpa mengakses kepada apa jua maklumat terkini daripada sebanyak mana sumber yang boleh.

“Terdapat dakwaan bahawa perubahan anggota PAC turut mengubah perjalanan prosiding, di mana dakwaan ini adalah sangat tidak benar,” katanya dalam wawancara dengan Bernama di sini hari ini.

“Jika anda membaca laporan PAC ini, tiada apa yang terlepas pandang,” kata beliau.

Ditanya sama ada laporan itu telah diperiksa dan disahkan oleh badan berkecuali di luar Malaysia atau di luar pengaruh kerajaan, Hasan berkata model PAC itu sudah diuji dan disahkan berjaya, dan ia adalah model serupa dipraktikkan di negara Komanwel.

“Ia adalah satu badan dihormati dan satu proses yang sudah wujud lama di negara demokrasi termasuk United Kingdom, New Zealand dan Afrika Selatan, untuk menamakan beberapa negara.

“Ia adalah satu landasan penting bagi akauntabiliti terhadap kerajaan, dan ia sudah dipraktikkan komuniti antarabangsa,” katanya.

Hasan juga berkata PAC telah dibuktikan sebagai satu badan yang memiliki pengalaman untuk melakukan siasatan teliti, kerap kali mencapai satu kesimpulan yang sukar.


Ini membuktikan anggota PAC bebas daripada sebarang gangguan, berat sebelah atau tekanan daripada pihak luar, katanya.

Ditanya sama ada PAC bekerjasama dengan kerajaan Amerika, Switzerland dan Australia dalam siasatan terhadap 1MDB, Hasan berkata bidang kuasa PAC adalah untuk menjalankan penilaian teliti terhadap 1MDB berdasarkan kepada laporan dan prosiding Jabatan Audit Negara.

Katanya hingga kini PAC tidak pernah dihubungi mana-mana pihak berkuasa negara luar berkaitan 1MDB atau melihat keperluan untuk menghubungi mereka.

Ditanya sama ada PAC akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelbagai pihak yang menyebar dakwaan terhadap 1MDB, Hasan berkata itu adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Laporan sebelum ini menyebut pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang dijadualkan pada 24 dan 25 Feb lepas telah ditangguhkan.

Penangguhan itu dibuat kerana kebanyakan anggota PAC berada di luar negara termasuk mereka yang menunaikan umrah dan yang mempunyai komitmen penting. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori