Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

HFMD Naik 20 Kali...

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,379 kes jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)...

Kesedaran Mendaftar Sebagai Pengundi...

KUALA LUMPUR – Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih masih...

Sungkai Dilanda Banjir Kilat

TAPAH - Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan Sungkai dilanda banjir kilat hari...

Puteri Umno Aktifkan Tabung...

PASIR PUTEH - Pergerakan Puteri Umno akan mengaktifkan dengan segera tabung kebajikannya bagi...

Laporan PAC Buktikan Fitnah Terhadap PM Selama 2 Tahun

PUTRAJAYA – Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini difitnah, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata laporan yang dibentang PAC di Dewan Rakyat, Khamis lepas adalah sesuatu yang menyedihkan apabila Perdana Menteri selama ini dituduh dengan pelbagai fitnah.

“Fitnah berlaku dan ia berlarutan selama dua tahun. Ia tidak adil. Saya merayu kepada rakyat untuk tidak percaya kepada sebarang dakyah kerana pihak itu pasti ada niat tertentu untuk memecah-belahkan masyarakat,” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baharu Surau Al-Muhajirin, Presint 9 di sini, hari ini.

Menurutnya Naib Pengerusi PAC Tan Seng Giaw yang juga Anggota Parlimen DAP Kepong mengakui Najib tidak langsung terlibat dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.

“Perkara ini diberitahu oleh pihak pembangkang, bukan kerajaan. Maka, tutuplah masalah ini dan marilah kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berharap 1MDB melakukan apa yang sepatutnya bagi membaiki pengurusannya.


PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Di SUNGAI PETANI, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta semua pihak supaya menerima laporan PAC dan tidak lagi menimbulkan sebarang isu negatif berhubung hasil siasatan terhadap 1MDB.

“Keputusan sudah dibuat, rakyat kena terima dan jangan lagi timbul isu-isu negatif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini, hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori