Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Selangor Kerah 25,000...

SHAH ALAM – Badan Perhubungan UMNO Selangor akan mengerahkan 25,000 ahlinya bagi menyertai...

Betul Ke 1 April...

DALAM banyak-banyak barang, apa barang yang orang takkan (berani) bising walau baru je...

Kes Pelajar Mati: Tiada...

PELIK... Hasil bedah siasat pelajar tingkatan tiga yang maut kerana dipercayai dibuli dan...

Dari Gadis Jongos, Wajah...

DARIPADA seorang wanita yang langsung tidak yakin untuk mengambil gambar selfie, kini Lin...

Larangan Masuk Ke Sarawak Bukan Hanya Untuk Pembangkang

SIBU – Kerajaan negeri Sarawak tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau kecenderungan politik dalam melaksanakan larangan memasuki negeri itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata insiden empat individu dilarang memasuki negeri itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini menunjukkan sekatan itu bukan dikenakan terhadap pemimpin pembangkang semata-mata.

Menurutnya individu yang dilarang oleh Jabatan Imigresen negeri untuk masuk ke negeri itu terbabit dalam perhimpunan ‘baju merah’ di Kuala Lumpur pada 16 Sept tahun lepas dan kebetulan mereka adalah ahli UMNO.

“Ini adalah jawapan kepada dakwaan Chong bahawa kami hanya menyekat ahli-ahli pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan kumpulan syarikat Rimbunan Hijau di sini.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa kerajaan negeri itu mengamalkan sikap berat sebelah kerana ia hanya melarang kemasukan pemimpin pembangkang ke negeri itu.


Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, bersama-sama tiga lagi individu dilarang memasuki negeri itu sejurus tiba di Kaunter Imigresen LTAK pada jam 11.30 pagi.

Turut dilarang ialah Pengerusi Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria, Pengerusi Eratkan Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (EPANCO), Ariffin Abu Bakar dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Klang, Rahim Ibrahim.

Kesemua individu berkenaan dikatakan datang ke negeri itu bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) yang dijadual pada 7 Mei ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori