Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Bentang RMK-11 Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Rancangan...

Harga Siling Topeng Muka...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka di negara ini adalah RM1.50.Menteri...

ICRC Lancar Laman Web...

MANILA - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mewujudkan sebuah laman web bagi membolehkan...

Johari Dilantik Ahli Lembaga...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Ahli...

Lebih 1,000 Belia Terlibat Rasuah Sejak 2013

CAMERON HIGHLANDS – Seramai 1,045 daripada 1,902 individu yang terlibat dalam kegiatan rasuah sejak 2013 adalah dalam kalangan belia yang berumur 40 tahun ke bawah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata golongan belia yang terlibat dengan jenayah kolar putih itu terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya termasuk profesional.

“Mereka (belia) telah menetapkan dalam pemikiran bahawa memberi rasuah adalah tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Justeru, perkara ini perlu diubah daripada peringkat sekolah lagi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Perdana bertajuk ‘Bila Rebung Menjadi Buluh’ dan menutup majlis Wira Anti Rasuah (WAR) di Tanah Rata di sini, Jumaat.

Mustafar berkata kefahaman mengenai bahaya rasuah perlu diperluaskan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah agar ia dapat difahami dengan lebih jelas seterusnya dipraktikkan ketika bekerja kelak.

Mustafar juga berharap program yang dijalankan SPRM dapat membendung belia daripada terjerumus ke kancah jenayah rasuah dan seterusnya melihat pengurangan dalam statistik tangkapan belia pada masa akan datang.

Ketika ditanya mengenai dakwaan penduduk Cameron Highlands bahawa terdapat pegawai penguat kuasa dalam Op Gading meminta rasuah, Mustafar berharap penduduk tempatan tampil membuat laporan kepada SPRM.


Sekiranya penduduk mempunyai maklumat tentang kegiatan rasuah, mereka tidak seharusnya menyebarkan surat layang atau menggunakan media sebagai cara untuk menyalurkan maklumat, katanya.

Beliau berkata pemberi maklumat tidak perlu bimbang akan keselamatan masing-masing kerana mereka dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands Abu Bakar Mohd Hussain berkata program WAR yang berlangsung selama dua hari mulai semalam antaranya melibatkan pelajar sekolah, guru, orang awam serta pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau percaya program itu dapat membimbing generasi akan datang untuk menjalani kehidupan berteraskan integriti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori