Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rokok Elektronik Dilarang di...

KUALA LUMPUR - Penggunaan rokok elektronik atau vape dilarang di Stadium Tan Sri...

Lebih 20 Rumah Alami...

BESUT - Lebih 20 rumah di lima buah kampung di mukim Pasir Akar,...

Bunuh Jiran, Mahkamah Tolak...

PUTRAJAYA - Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun kekal ditahan sehingga mendapat perkenan...

JPJ Perak Keluar 162...

IPOH - Sebanyak 162 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerusi Op...

Lebih 2,000 Majikan Gagal Beri Salinan Kontrak Bertulis Pekerja

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,251 majikan melakukan kesalahan kerana gagal memberi salinan kontrak bertulis kepada pekerja di bawah Peraturan 8, Peraturan-peraturan Kerja 1957, Akta Kerja 1955.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu, 60 majikan dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan gagal mematuhi peraturan itu.

“Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menjalankan 31,202 pemeriksaan berkanun bagi tahun lepas. Daripada pemeriksaan itu, didapati 2,251 majikan melakukan pelanggaran di bawah Peraturan 8, Peraturan-peraturan Kerja 1957,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) mengenai tindakan yang diambil terhadap majikan yang menggajikan pekerja dengan hanya menawarkan pekerjaan secara lisan dan tanpa sebarang perjanjian ataupun kontrak secara bertulis.


Katanya, setiap kontrak perkhidmatan yang dibuat secara bertulis hendaklah mematuhi sub peraturan 5(b) Peraturan-peraturan Kerja 1957, mengandungi butiran nama, nombor kad pengenalan, pekerjaan yang ditawarkan, kadar upah, kadar elaun, kadar kerja lebih masa, faedah lain, waktu kerja biasa, tempoh notis penamatan perkhidmatan, kelayakan cuti am, cuti tahunan dan cuti sakit serta jangka masa tempoh upah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori