Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wanita Cukur Bulu Kaki...

JIJIK…seorang wanita telah dikecam hebat selepas dia melakukan perbuatan tidak senonoh dengan mencukur...

7 PATI Wanita Warga...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan tujuh pendatang asing tanpa...

Abbas Sedia Bantah Pelan...

NEW YORK - Pegawai Palestin akan berusaha mempengaruhi pembangkang untuk menentang pelan damai...

Rumah Tangga Bergolak: Adam...

RUMAH tangga mana yang tidak pernah diuji. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi...

Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Palsukan Tandatangan Rakan Kongsi

KUALA LUMPUR – Gara-gara memalsukan tandatangan rakan kongsi berhubung permohonan lesen perkhidmatan, seorang lelaki didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Isac Deavadas, 59, selepas tertuduh mengaku bersalah memalsukan tandatangan S.Sanan, 51, di dalam borang permohonan untuk lesen pemakai racun makhluk perosak milik Sanan bagi tertuduh memindahkan lesen tersebut kepada Syarikat NBZ Pest Control.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Protech Pest MGT & Services Sdn Bhd, 57A Damai Complex, Jalan Dato Haji Eusoff, di sini pada 3.40 petang, 4 Ogos, 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.


Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Noor Mousa Azaddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan alasan dia yang mempunyai seorang anak merupakan penanggung utama keluarga.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori