Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Dah Lawa Pakai Tudung,...

TIADA siapa boleh menafikan kecantikan yang dimiliki pelakon Nur Fazura Sharifuddin. Memang jenis...

BERSATU Johor Adakan Mesyuarat...

JOHOR BAHRU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor akan mengadakan mesyuarat dalam...

Fajer Perlu Bertanggungjawab Atas...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ibrahim harus bertanggungjawab ke atas prestasi...

Zara Zya Teruk ‘Diserang’...

KEMATIAN penyanyi utama sebuah band Korea Selatan terkenal, Shinee iaitu Jong-Hyun nampaknya masih...

Lelaki Dipenjara Kerana Jadikan Isteri ‘Hamba Domestik’

LONDON – Seorang lelaki menjadi orang pertama yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun di England selepas disabitkan bersalah menjadikan isterinya sendiri sebagai ‘hamba domestik.’

Dalam apa dikatakan sebagai kes pertama seumpama itu di England, Mahkamah Woolwich di London diberitahu Safraz Ahmed, 34, mengurung dan memukul isterinya selepas perkahwinan yang diatur keluarga di Pakistan.

Mekanik dari Charlton di tenggara London itu memaksa isterinya, Sumara Iram memasak, mencuci dan menjaga ibunya bermula 5 pagi hingga tengah malam setiap hari selepas mangsa berpindah ke Britain pada 2012.

Ahmed juga menampar isterinya di muka setiap kali wanita itu menuntut nafkah batin, membaling tin makanan kucing ke arah kepala mangsa dan menutup mukanya dengan kusyen dalam serangan lain.

Iram, 28, yang mempunyai sarjana dalam bidang Pengajian Islam, dilarang meninggalkan rumah bersendirian dan mengambil dadah berlebihan sebelum akhirnya menghubungi perkhidmatan kecemasan pada 2014.


Ketika menjatuhkan hukuman ke atas Ahmed kerana menjadikan isterinya sebagai hamba domestik, Hakim Christopher Hehir, berkata kepadanya: “Mangsa dibuli dan dikawal oleh kamu, diberi sedikit wang dan disuruh masak, mencuci dan menjaga keluarga kamu seolah-olah beliau pembantu rumah.

“Beliau menggambarkan tindak tanduk kamu sebagai penderaan fizikal dan mental dan daripada penilaian saya, beliau (isteri) betul.” – AGENSI/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori