Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Anwar Akan Jadi Perdana...

NEW YORK - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya. “Itu...

Beberapa Saksi Akan Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Beberapa saksi akan dipanggil untuk siasatan dalaman insiden tren kargo...

Pelajar Tingkatan 2 Dakwa...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mendakwa mengalami retak tulang siku...

Fauziah Latiff Dan Nassier...

PENYANYI Fauziah Latiff dan Nassier Wahab diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada...

Liga M: Kelantan Syukur Seri Dengan JDT

KUALA LUMPUR – Pasukan Kelantan bersyukur kerana berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Kota Bharu malam tadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata, Kelantan masih perlu meningkatkan prestasinya yang masih turun naik.

“Syukur Alhamdulillah. Namun TRW (pasukan Kelantan) perlu pertingkat prestasi yang masih yo yo ini,” katanya.

Beliau dipercayai memuat naik komen itu di laman Facebook rasmi beliau hari ini dari Tokyo, Jepun.

Dalam perlawanan malam tadi JDT mendahului dengan jaringan 2-0 sebelum Kelantan bangkit menyamakan kedudukan.


Sementara itu, Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez mengakui pemainnya bermain dengan sangat teruk pada separuh masa kedua.

Menurutnya, beliau kecewa dengan keputusan malam tadi namun masih gembira kerana JDT masih belum tewas dalam Liga Malaysia untuk musim ini.

Justeru, katanya, beliau akan merehatkan beberapa pemain dan melakukan penggiliran pemain pasukan kerana JDT mempunyai jadual yang padat dengan banyak perlawanan yang perlu dihadapi.

“Secara keseluruhannya terdapat banyak yang perlu diperbaiki dan kami akan hadapi satu demi satu perlawanan,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori