Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kepulangan Fasha, Putri Raysha...

Amboi seronoknya tengok artis-artis kita yang baru menimang cahaya mata pada bulan November ini....

Junta Thai Takut Mangkuk...

Bangkok - Pihak berkuasa Thai merampas hampir 6,000 mangkuk merah yang tertera mesej...

Rang Undang-Undang Hudud Kembali...

KOTA BAHARU - Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, atau lebih dikenali sebagai...

KiniTV, 2 Pengarah Dilepas...

KUALA LUMPUR - Portal berita video, KiniTV dan pengarahnya dilepaskan dan dibebaskan oleh...

LPF Tidak Tapis Semua Kandungan Dalam Filem – Nur Jazlan

KUALA LUMPUR – Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan menapis semua kandungan dalam filem yang berunsurkan keganasan, seks dan ajaran sesat, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata ini kerana terlalu banyak penapisan adalah tidak baik untuk masyarakat walaupun pihak berkuasa dibenarkan untuk menyekat unsur-unsur filem berkenaan.

“Isu penapisan filem oleh LPF ini bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya membuat pilihan baik.

“Kita tidak boleh mengongkong semua kandungan yang dikeluar oleh penerbit filem, sebaliknya kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk membuka minda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Nur Jazlan berkata selain mendapatkan nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kandungan filem berkaitan agama, LPF turut mendapatkan pandangan daripada badan agama lain di negara ini seperti Hindu Sangam dan Majlis Gereja.


Katanya, penapisan hanya akan hanya dilakukan jika kandungan filem melanggar kriteria yang ditetapkan oleh LPF.

Beliau berkata lembaga itu juga akan mengeluarkan sebarang adegan yang dianggap sebagai ancaman kepada keamanan dan ketenteraman awam, lucah, keganasan melampau, ajaran sesat atau bertentangan dengan norma masyarakat berbilang kaum.

Nur Jazlan turut memberi jaminan tindakan tegas akan diambil untuk membendung sebarang rancangan yang menggalakkan kegiatan kumpulan militan seperti Daesh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LPF

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori