Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lelaki Maut Motosikal Rempuh...

LUMUT - Seorang penunggang motosikal maut manakala rakanya cedera parah selepas motosikal yang...

Dalam Poster Ada, Tapi...

TUMPAT (Kelantan) - Parti PAS malam tadi mengambil kesempatan malam terakhir sebelum kempen...

M’sia Akan Buktikan Pesawat...

KUALA LUMPUR – Malaysia akan berusaha membuktikan pesawat peribadi yang didakwa milik ahli...

Pejuang Gantikan UMNO

Maaf berkata begini, tetapi sejujurnya sehingga hari ini kita tidak jelas apakah manfaatnya...

Mahathir Berhutang Maaf Kepada Najib – Veteren UMNO

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO berpendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad berhutang maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan, UMNO dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ekoran tohmahan dilemparkan bekas perdana menteri itu berhubung sumbangan RM2.6 bilion.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, susulan daripada pengesahan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengenai status sumbangan itu, segala tohmahan yang dibuat Mahathir terhadap Najib mengenai perkara itu adalah palsu dan bersifat fitnah.

“Mahathir telah menuduh Najib menerima RM2.6 bilion daripada 1MDB. Dia juga yang memporak peranda UMNO sehingga berlakunya penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

“Dia juga yang telah mengheret beberapa NGO (badan bukan kerajaan) dan rakyat Malaysia untuk mempercayai fitnah dan dakyahnya. Dia juga yang telah mempengaruhi media luar khususnya WSJ (Wall Street Journal) untuk memburukkan nama Najib dan kerajaan Malaysia.

“Tun M selalu menganggap dirinya sebagai seorang yang bermaruah dan berintegriti. Oleh itu Veteran (UMNO) mencabar Tun M membuktikan beliau seorang yang bermaruah dan berintegriti dengan memohon maaf secara terbuka kepada Najib, kerajaan, UMNO dan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mustapha berkata, penjelasan yang dibuat oleh Adel Al-Jubeir adalah penjelasan berautoriti yang paling tinggi daripada pihak Arab Saudi yang tidak sewajarnya dipertikaikan.

Justeru, pihaknya mendesak mana-mana NGO dan rakyat Malaysia supaya menerima kenyataan Adel Al-Jubeir itu dengan berlapang dada dan berhenti daripada menyebarkan fitnah tentang sumbangan RM2.6 bilion tersebut.

Semalam, Menteri Luar Arab Saudi itu mengakui bahawa sumbangan derma kepada Najib datang daripada negaranya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori