Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Belanjawan 2022 Dibentang 29...

KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada...

Rasuah: Setiausaha Politik Salahuddin...

PUTRAJAYA - Setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin...

Nasi ‘Vanggey’, Dari Ipoh...

KUALA LUMPUR - Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah dari Ipoh, yang terkenal kerana...

Pura-Pura Buta Sebab Tak...

LEBIH rela berpura-pura buta selama 28 tahun hanya kerana tidak suka bertegur sapa. Itulah...

‘Mahkamah Telah Buktikan Saya Tak Salah’ – Ezany Nizariff

SETELAH sekian lama bergelut dengan masalah rumah tangga, mahkamah syariah akhirnya memerintahkan isteri pelakon Ezany Nizariff, iaitu Lizda Nuryanti Abidin untuk kembali taat, pada Isnin.

BACA: Ezany Akui Bercinta Dengan Janda Bergelar Datin Paduka

12961640_981291638586719_8862900158317425728_n

Dalam pada itu, Ezany menganggap keputusan mahkamah berhubung permohonan nusyuz yang berpihak kepadanya itu adalah bukti bahawa dia bukan punca berlakunya bergolakkan dalam rumah tangga mereka.

Menurut Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 43, Lizda bukan sahaja memfitnah dirinya kepada media, tetapi juga tidak pernah hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Jika dia berada di pihak benar sepatutnya dia hadir ke mahkamah ketika diminta berbuat demikian bagi mempertahankan diri tetapi dia tidak pernah sekali pun muncul.

“Sebaliknya dia membuka aib kepada media dan sepatutnya dia beritahu kepada hakim apa sahaja dia rasakan tidak betul tentang rumah tangga kami dan biar hakim membuat keputusan.

“Keputusan dibuat mahkamah membuatkan saya lega kerana ia kemenangan besar buat saya selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak benar menerusi kenyataannya di media,” katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Ezany mengakui tidak pernah terfikir mahu berbaik semula dengan isterinya dan mempunyai sebab yang kukuh untuk menceraikan Lizda berikutan tersabitnya nusyuz itu.

Ezany telah membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya pada 22 Julai 2014.

Bekas-Isteri-Jimmy-Shanley-Dihukum-Penjara-7-Hari-ROTIKAYA-700x447

Ezany dan Lizda berkahwin pada 1 Julai 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz, 4 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ezany

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori