Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Ko Paksa Aku Hisap...

BINATANG pun bukan... tapi kau adalah SETAN! Itu sahaja gelaran layak diterima oleh...

Nur Risteena Enggan Dikenali...

KAKAK kepada pelakon cantik, Ruhainies iaitu Nur Risteena tidak mahu terlalu dikenali dengan...

Keena Mahu ‘Letup’ Indonesia...

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang sering tampil dengan imej nakal, Keena Prasista, 29,...

5 Penjelajah Wanita M’sia...

PUTRAJAYA - Lima penjelajah akan dipilih menyertai ekspedisi eksklusif wanita ke Antartika -...

Makanan Di Perak Bersih Dan Selamat

IPOH – Orang ramai terutama pelancong yang datang ke Perak tidak perlu risau atau bimbang dengan tahap kebersihan makanan berikutan berlaku dua kes keracunan makanan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon pihaknya sentiasa melakukan pemeriksan dari semasa ke semasa bagi memastikan proses penyimpanan serta memasak adalah pada tahap terbaik.

“Saya sendiri selalu mengetuai pemeriksaan di premis makanan bersama Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan makanan adalah selamat. Jika ada kelemahan kita tidak akan berkompromi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari RTM Ke-70 peringkat Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Dr Mah berkata semua pihak perlu menjadikan sebarang insiden keracunan makanan sebagai pengajaran terutama dalam mencari tempat makanan yang bersih.

“Jadilah pengguna yang bijak dengan makan di tempat yang bersih, semua pihak kena mainkan peranan dalam hal keracunana makanan ini,” katanya.

Selain itu, Dr Mah berkata masih banyak penyedia makanan tidak mengetahui tentang aspek penyimpanan barangan khususnya bahan mentah untuk memastikan ia tidak dicemari sebarang bakteria berbahaya.


“Makanan mentah yang perlu diletak dalam tempat sejuk beku suhu mestilah -18 darjah selsius, manakala untuk makanan sejuk suhunya adalah empat darjah selsius,” katanya.

Pada Ahad, seramai 43 pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Sains Tapah mengalami keracunan makanan selepas dipercayai memakan roti jala dan kari ayam di dewan makan asrama sekolah.

Sementara pada Mac, lebih 30 pesakit dimasukkan ke hospital setelah mengambil makanan yang dicemari racun serangga jenis karbamat.

Seorang daripada mangsa meninggal dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori