Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Kelompok Usia Warga...

KUALA LUMPUR - Dua kelompok umur warga emas dikesan berdepan risiko kematian tertinggi...

Pengundi Cina Jerlun Diyakini...

AYER HITAM - Penyandang dan calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Jerlun Datuk Othman...

Agong, Permaisuri Agong Ucap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

El Nino: Kira-Kira 2,000...

KOTA BAHARU - Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat 'Istisqa' di Padang...

Makmal Kulit Hospital Taiping Terbakar

TAIPING – Tindakan pantas kakitangan Hospital Taiping di sini berjaya menyelamatkan makmal kulit di situ daripada musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Ainol Shahariman berkata tindakan pantas kakitangan hospital menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering berjaya mengelakkan api daripada merebak.

“Kebakaran itu menyebabkan makmal mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus,” katanya ketika ditemui di sini.

Ainol berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 8.13 pagi dan sepasukan sembilan anggota dan dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Katanya operasi memadam kebakaran turut dibantu enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting.


Menurutnya tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori