Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jerebu: Sri Aman Kembali...

KUALA LUMPUR - Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya...

Mohamad Bertanding Jawatan Timbalan...

SEREMBAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan...

Anwar Tuduh Abdul Murad...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Honda Malaysia Lancar Pusat...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan pusat jualan, servis...

Askar Malas Kahwin, Ada Anak – Singapura Tawar Baucar S$100

SINGAPURA – Anggota kerahan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan pasukan penguatkuasaan tempatan atau HomeTeam akan mendapat baucar S$100 (RM290) apabila mereka mula berkeluarga sendiri.

Malah petugas dua jenis perkhidmatan tersebut juga bakal menerima skim perlindungan insurans yang lebih baik berbanding keadaan sekarang jika terbunuh atau cedera sewaktu bertugas, menurut laporan media tempatan.

Perkara berkenaan ialah antara tiga langkah baharu yang diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Pertahanan Singapura, Ong Ye Kung di parlimen republik itu pada Khamis, lapor stesen pemerintah, Channel NewsAsia.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk mengiktiraf anggota-anggota kerahan kepada negara dan hadiah baucar khas tersebut akan diberikan kepada petugas apabila mereka berkahwin, atau mendapat anak.

Ujar Ye Kung lagi, langkah ini dilaksanakan di bawah skim baharu untuk meraikan peristiwa penting dalam kehidupan anggota kerahan yang kini dianggarkan berjumlah 1.4 juta orang berusia dari 18 hingga 49 tahun.

saf1
Gambar hiasan

Langkah unik itu diharap secara tidak langsung dapat menggalakkan semua anggota bujang segera berkahwin dan ada anak bagi menampung kemerosotan penduduk Singapura yang kini agak membimbangkan banyak pihak.

Sementara itu, pemerintah Singapura juga akan mempertingkatkan amaun perlindungan insurans hayat dan kemalangan diri untuk semua anggota kerahan yang ditimpa musibah ketika mereka dalam perkhidmatan.


Setiap anggota bakal dilindungi dengan insurans sejumlah S$150,000 (RM436,266) serta meliputi semua kejadian buruk semasa perkhidmatan negara secara sepenuh masa, dan kegiatan-kegiatan sedia beroperasi yang lain.

Mulai bulan ini juga, lebih ramai anggota kerahan akan menerima baucar khas untuk prestasi baik semasa latihan dalam kem dan kursus-kursus perkhidmatan negara, di bawah Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Negara.

Pemerintah juga akan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan kelab riadah iaitu Persatuan Rekreasi SAF atau SAFRA, termasuk kelab SAFRA di Punggol yang baharu siap dibina. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori