Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kiko, Shahrel, Muka Baharu...

KUALA LUMPUR - Pemain tengah Pahang, Kiko Insa dan penyerang kelab PKNP FC,...

Pendidikan Kerja Sepanjang Hayat,...

SERDANG - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak...

Pahang Sedia 30,000 Unit...

KUANTAN - Rakyat negeri Pahang yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki kediaman sendiri...

Deepavali: Trafik Bakal Sesak...

SINGAPURA - Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas dijangka sesak...

Malaysia Tak Perlu Campur Tangan Asing Untuk Majukan Negara

TAPAH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing untuk mencorak dan menentukan hala tuju negara.

Beliau berkata urusan dalam negara selayaknya ditentukan oleh rakyat sendiri kerana formula itu telah terbukti berjaya.

“Kita jangan minta orang asing campur tangan dalam hal urusan kita. Biarlah urusan dalam negera ditentukan oleh rakyat sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) 2016 di Stadium Mini Tapah.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib memberikan contoh Permodalan Nasional Bhd (PNB) merupakan antara institusi yang boleh dibanggakan kerana bukan sahaja berjaya memiliki pelbagai hartanah di kawasan tertentu dalam negara, malah di seberang laut.

“Inilah (PNB) salah satu kejayaan kita selama ini yang boleh kita banggakan, (hartanah) yang dulunya dimiliki oleh orang asing di London dan sebagainya sekarang ini dimiliki oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata contoh kejayaan Malaysia yang dibentuk mengikut acuan tersendiri adalah Malaysia Airport Holdings Bhd (MABH) yang menjadi pemilik penuh dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha GGokcen di Istanbul, Turki.


“Lapangan terbang ini telah mencatat pertumbuhan yang paling pantas di Eropah selama lima tahun berturut-turut,” katanya.

Selain itu perdana menteri berkata Malaysia perlu mempunyai strategi tersendiri untuk menjadi juara di peringkat rantau serta global dan bukannya hanya memikirkan soal tempatan.

“Inilah intipati kepada perjuangan kita, tetapi akhirnya kita mesti kembali tentukan destini kepada perjuangan dan masa depan sendiri,” katanya.

MASM 2016 yang bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB’ berlangsung selama sembilan hari mulai hari ini dan pelbagai pameran serta aktiviti pendidikan pelaburan disediakan kepada para pengunjung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori