Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tedung Selar Empat Meter...

KUALA BERANG: Seorang warga emas tidak menyangka bayangan seolah-olah seekor ular tedung selar...

Banjir Di Johor Pulih,...

JOHOR BAHARU - Keadaan banjir di negeri ini pulih sepenuhnya dengan satu-satunya pusat...

2 Lelaki Didakwa Rancang...

BATU PAHAT - Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Batu Pahat di sini...

Lima Cedera Pesawat Ringan...

KANANGA - Lima cedera apabila pesawat ringan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Udara Kemanusiaan...

PRN: Marah ‘Haram’ Masuk Sarawak, Tony Ceramah Video Live

KUCHING – Akhirnya sesuatu agak dibimbangi kerajaan Sarawak benar-benar menjadi kenyataan apabila seorang pemimpin DAP yang ‘diharamkan’ memasuki negeri itu bebas berceramah hasut rakyat dengan politik kebencian.

Ia berjaya dilakukan DAP penuh bergaya hasil bantuan teknologi komunikasi canggih video ‘live‘ Skype sekali gus dijadikan cara terbaharu parti pembangkang menghasut rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Bertempat di Pusat Khidmat DAP Kota Sentosa di sini Rabu malam, kira-kira 300 penyokong parti Semenanjung itu menyaksikan ucapan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee menyampaikan ceramahnya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu malah berceramah secara langsung serentak di beberapa kawasan yang jauh antara satu sama lain dengan kecanggihan video Skype dan disiarkan menerusi layar skrin gergasi yang dipasang.

Tony difahamkan hanya berada di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan berceramah di atas pentas yang berlatar belakang kain rentang ‘Berani Ubah For Real Change‘ yang digunakan parti itu khas untuk kempen PRN kali ini.

tony2

tony3

tony4

Ceramah beliau kira-kira 20 minit tersebut banyak menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebenarnya sudah pun dijawab banyak kali oleh sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu sebelum ini.


Ironi, jika benar berlaku penyelewengan, timbul pula tanda tanya kenapa ia tidak dibangkit dan diminitkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana Tony sendiri pun adalah antara anggota panel itu.

Ternyata beliau cuba menghasut rakyat Sarawak dengan tohmahan tanpa asas kukuh hanya bagi menyemai rasa kebencian penduduk menerusi persepsi imej negatif terhadap 1MDB dan seterusnya Barisan Nasional (BN).

Jika beginilah cara kasar kempen Tony yang banyak menjerit biadap macam esok dunia hendak kiamat, memang patutlah beliau dihalang masuk oleh pihak kerajaan BN Sarawak sepanjang PRN tersebut berlangsung ketika ini.

Malangnya beliau tidak belajar daripada sejarah dan mungkin marah diharamkan ‘jejak kaki’ di bumi kenyalang, Tony tetap mahu berkempen menabur dakyah tanpa fakta hanya kerana mahu DAP menang besar di Sarawak. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori