Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Johor Akan Jalankan Pembayaran...

MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dalam...

Pelajar & Guru Wakili...

SEPANG - Dua orang pelajar dan seorang guru dari Terengganu akan mewakili negara...

LGBT Layak Dipertimbang Terima...

SEREMBAN – Kajian mendapati golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender atau lebih dikenali...

Kapal Angkasa Pelancongan Virgin...

MOJAVE, California – Sebuah kapal ang­kasa bersayap yang direka khas untuk membawa pelancong...

Masker Mata Diperbuat Daripada Emas Kini Jadi Trend Selebriti

SEORANG model dari Australia, Simone Holtznagel telah menyertai barisan selebriti bergambar selfie dengan menggunakan masker mata yang diperbuat daripada emas, iaitu trend kecantikan terbaru ketika ini.

Model berusia 21 tahun itu telah memuatnaik selfie berkenaan dalam Instagramnya untuk menunjukkan masker emas 24 karat, yang dicipta oleh sebuah syarikat Australia, Lonvitalité.

Masker emas itu dipercayai dapat melembabkan mata dan menghapuskan lingkaran gelap di bahagian mata.
Lonvitalite juga mendakwa masker itu meningkatkan kadar penyerapan lebih 98 peratus berbanding masker mata tradisional lain.

Bukan Holtznagel sahaja yang memakai masker emas itu sebaliknya pelakon Jessica Alba, Rosie Huntington-Whiteley dan blogger kecantikan turut menggunakannya.


Meskipun ia menggunakan 24 karat emas namun harganya hanya $32 dolar iaitu sesuatu yang disifatkan sebagai murah berbanding masker lain di pasaran. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori