Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ahli Akademik Cipta Sejarah...

SEORANG ahli akademik, Dr. Yew Weng Keng mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia...

Sedih Kehilangan Ibu, Warga...

SEORANG lelaki warga emas berusia 68 tahun dari Arab Saudi meninggal dunia semasa...

RM9.7 Bilion Sudah Dibelanjakan...

PETALING JAYA - Mass Rapid Transit Corp (MRT Corp) membelanjakan RM9.7 bilion bagi...

Anwar Saman Dua Individu...

SHAH ALAM - Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu,...

MB Pahang Salur Peruntukan Khas Perkasa Persatuan Di Pahang

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyalurkan sumbangan RM75,000 kepada lima persatuan di negeri ini dalam usaha memperkasakan lagi kegiatan berpersatuan di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain berkata sumbangan itu adalah satu daripada tanda sokongan kerajaan bagi membolehkan persatuan bergerak lebih aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang.

“Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan dan membantu melalui peruntukan sedia ada bagi membolehkan badan ini terus kekal dan aktif. Ia secara langsung dapat menggalakkan rakyat di negara ini terutama golongan muda mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian peruntukan khas tersebut di Yayasan Pahang di sini Rabu.

Lima kelab dan persatuan yang menerima sumbangan itu ialah Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Media Pahang, Persatuan Berbasikal Daerah Jerantut, Persatuan Orang Asli Prihatin Pahang, Kelab Rakan Muda Parlimen Indera Mahkota dan Persatuan Catur Daerah Kuantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori