Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Korea Selatan Meterai...

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Korea Selatan sepakat mengukuhkan kerjasama pertahanan dengan menandatangani...

Kes Positif COVID-19 Global...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 158.51 juta kes, berikutan...

Kiosk Khas Makanan Sarang...

SERDANG - Penggemar makanan berasaskan sarang burung walet berpeluang menikmati sajian premium berkenaan...

Bangunan Selangor Mansion Digempur...

KUALA LUMPUR - Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, di sini, yang...

MDKL Sita Premis Jual Perabot Tanpa Lesen

KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyita sebanyak 10 unit peralatan pameran perabot yang dipasang dibawah khemah tidak berlesen di Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Selangor.

MDKL dalam satu kenyataan media berkata, MDKL terpaksa menyita peralatan terbabit kerana pemilik khemah tersebut enggan melucut khemah itu walaupun telah diberi amaran sebelum ini.

“Pemilik premis perniagaan tersebut seolah-olah mencabar majlis sebagai pihak berkuasa tempatan walaupun notis kesalahan dan notis pemberitahuan serta arahan membuka khemah serta-merta telah disampaikan kepada pemilik premis tersebut.

“Pihak majlis memandang serius terhadap pemilik premis perniagaan yang dengan jelas melakukan kesalahan mendirikan bangunan sementara (khemah) untuk tujuan promosi jualan tanpa ‘kebenaran dan mengingkari Notis Kesalahan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974 di bawah seksyen 70,” kata kenyataan itu hari ini.

MDKL berkata, pemilik khemah tersebut turut diberikan Notis Kesalahan yang boleh dikompaun dan perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.


Justeru, katanya, MDKL meminta pemilik premis perniagaan di daerah itu menitik beratkan kepentingan awam dalam menjalankan perniagaan mereka.

Jelas MDKL, struktur khemah yang didirikan tersebut menyebabkan gangguan lalu lintas dan lokasi itu berdekatan dengan persimpangan jalan utama yang sibuk. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori