Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Keputusan Pengharaman Buku Zunar...

PUTRAJAYA - Keputusan Mahkamah Rayuan untuk menarik balik pengharaman dua buku kartun oleh...

VIDEO : Anda Boleh...

Kalau anda merupakan pengunjung tetap di gimnasium, pastinya anda sudah arif akan kegunaan...

JIM Akur Sasar Kerajaan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan akur dengan ketetapan kerajaan berhubung kemasukan...

Anjing Jumpa ‘Zakar’ Gergasi,...

SEEKOR anjing yang sedang dibawa bersiar-siar oleh tuannya di sebuah taman rekreasi di...

Media Massa Ejen Penting Pembangunan Negara – Exco Terengganu

MARANG – Peranan media massa penting sebagai ejen pembangunan negara dalam merealisasikan matlamat Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, kata Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Terengganu A. Latiff Awang.

Beliau berkata media massa bukan sekadar berperanan dalam memberikan maklumat kepada masyarakat tetapi lebih daripada itu.

“Risiko wartawan terdedah kepada fitnah masyarakat yang marah terutamanya dari segi pelaporan berita amatlah tinggi dan mereka ini memerlukan kekuatan mental dan emosi dalam menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Latihan Asas Kebombaan Media Siri Kedua 2016 di sini, semalam. Turut hadir Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai Abdul Razak Muda dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) Ayob Mamat.


Latiff turut memuji usaha Kawat dan ABPM dalam mendedahkan pengamal media di negeri ini terhadap tugas pasukan bomba dan penyelamat.

Kursus dua hari itu diadakan di ABPM Wakaf Tapai bermula 15 April menekankan tiga modul penyelamatan iaitu di bangunan tinggi, jalan raya dan air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori