Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Eksport, Import Kasar Dijangka...

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5...

Asrama Murid SK Ulu...

SIBU - Kehidupan dan pembelajaran sejumlah 27 murid Sekolah Kebangsaan Ulu Arip dekat...

Raja Salman Dikurniakan Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan...

Misi Jejak Hawari Ditangguh,...

PUTRAJAYA: Misi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim...

Melecur Akibat Terkena Air Panas Sembunyikan Kesakitan

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Shun Shun pastinya tidak akan melupakan pengalaman terkena air panas di bahagian belakangnya dan bagaimana dia menyembunyikan kesakitan tersebut disebabkan takut dimarahi oleh neneknya.

Shun Shun terkena air panas ketika sedang mandi apabila abangnya yang berusia lapan tahun mencurahkan air ke dalam bilik mandi ketika Shun Shun berada di dalamnya.

Ketika itu neneknya tidak berada di rumah kerana keluar membeli barang-barang dapur.

Selepas bahagian belakang Shun Shun terkena air panas yang dicurahkan secara tidak sengaja oleh abangnya, dia hanya mampu menangis.

Bagi mengelakkan neneknya mendapat tahu mengenai perkara itu, abangnya telah meletakkan `plaster’ . Malangnya Shun Shun terpaksa menanggung kesakitan semalaman hinggalah keesokan harinya apabila neneknya mahu memandikannya.

Neneknya terkejut melihat `plaster’ yang ditampal di belakang badan cucunya dan selepas ditanya barulah Shun Shun mendedahkan perkara sebenar.

bakar


bakar1

Shun Shun dibawa ke hospital dan dia mengalami lecur yang teruk di bahagian belakang.

Keadaannya stabil dan lukanya telah dirawat bagi mengelakkan jangkitan.

Ibu dan bapa Shun Shun telah berpisah dan mereka telah mengembara ke daerah lain untuk bekerja, jadi kedua-dua anak mereka diserahkan kepada neneknya untuk dipelihara.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori