Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

GILA!! Ibu Tekap Seterika...

SUDAH acap kali kita dengar kes yang melibatkan anak menjadi tempat melepaskan amarah...

MAB Perlu Beri Kebebasan...

ISU bertudung kian hangat dibualkan baru-baru ini. Belum habis isu staf berhijab di...

Hakim Akan Diadili Oleh...

KUALA LUMPUR - "Hakim yang memilih untuk bersama dengan pihak yang jahat akan...

Kaji Semula Pengambilan Tenaga...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menyemak dan mengkaji semula perjanjian...

Video: Memalukan… Wanita Mencuri Ketika Solat Berjemaah

SATU video yang dimuat naik menerusi sebuah page di laman Facebook iaitu Kamek Miak Sarawak menunjukkan seorang wanita tergamak melakukan perbuatan terkutuk di dalam sebuah masjid.

Menurut page itu, kejadian tersebut berlaku di sebuah masjid yang terletak di Kampung Gita, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, ketika semua orang tengah khusyuk bersolat.

Picture1

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dapat dilihat seorang wanita berpura-pura hendak turut sama menunaikan solat bersama para jemaah kerana dia dilihat mencapai telekung.

Suspek kemudian berjalan menghampiri barisan saf-saf yang ada, namun selepas itu lain pula yang dilakukannya.

Wanita itu dilihat mencapai tas tangan salah seorang dari jemaah yang berada pada saf paling hujung sebelum bertindak melarikan diri.

Sungguh memalukan kerana seorang wanita bertudung sanggup bertindak sedemikian di dalam rumah Allah tatkala orang lain sibuk mengabdikan diri kepada yang Maha Esa.


Rata-rata netizen yang menonton video ini mengutuk perbutan keji wanita berkenaan. Bukan sahaja memalukan agama malah turut menconteng arang terhadap wanita berhijab.

Tidak dapat dinafikan, ada sahaja kes-kes kecurian yang berlaku di dalam masjid tetapi jarang sekali kita dengar kes kecurian ketika jemaah sedang menunaikan solat.

Ternyata benarlah pepatah Inggeris, ‘don’t jugde a book by its cover’, penampilan tidak mencerminkan keperibadian yang sebenar. Jangan disangka wanita berhijab itu semuanya baik atau sebaliknya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori