Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tempat Letak Kereta Di...

GEORGETOWN - Projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat di kaki Bukit Bendera di...

Seorang Lagi Suspek Kes...

LAHAD DATU - Polis menahan seorang lagi lelaki dan merampas selaras bakakuk (senjata...

Teliti Kes 28 Sekeluarga...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan meneliti kes berkaitan 28 orang daripada sebuah...

Peguam Beri Jaminan Shahidan...

KANGAR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan...

Hukuman Mandikan Mayat Menanti Pemandu Mabuk Di Thailand

DALAM usaha untuk membasmi serta mengurangkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, kerajaan Thailand berkemungkinan akan menjatuhkan hukuman berada dalam bilik mayat buat si pesalah.

Arahan keras itu dikeluarkan selepas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk merupakan sebab kedua tertinggi nahas jalan raya berlaku di negara Gajah Putih itu.

Hukumannya, pesalah trafik itu perlu membantu staf hospital memandikan mayat serta mencuci dan menjaga bilik mayat bagi memberi kesedaran kepada mereka.

“Mereka perlu diberi kesedaran supaya ia dapat memberi mereka nilai kehidupan yang lebih baik agar lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini,” kata seorang pegawai kesihatan di sana.

Jenis hukuman itu dibentangkan sejurus selepas sambutan pesta Songkran baru-baru ini yang mana telah menyebabkan lebih 160 orang cedera dan dua orang mati dalam setiap jam.


Ini semua gara-gara pemanduan dalam keadaan mabuk yang semakin berleluasa lebih-lebih lagi pada hari keraian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori