Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Saddiq Harap Dapat Guna...

MUAR – Pergerakan sayap pemuda Parti Pribumi Malaysia (PPBM) berhasrat menggunakan semula nama...

Guna Dana USP Sedia...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan...

Vape: IKHLAS Fail Saman...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini...

Raja Muda Perlis Mahu...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu semua tenaga...

Menara Kayu 80 Tingkat Dirancang Di London

LONDON – Sepasukan arkitek terkenal mendedahkan rancangan untuk membina sebuah bangunan pencakar langit pertama yang diperbuat daripada kayu.

Pasukan dari Universiti Cambridge itu mahu membina bangunan setinggi 305 meter berkenaan di tebing Barbican di sini dan berharap ia boleh menempatkan 1,000 rumah di 80 tingkat menara itu.

Menara Oakwood itu akan menggunakan rangka kayu keseluruhannya.

Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Sekiranya diterima, ia akan menjadi bangunan kedua tertinggi di London selepas The Shard – dan struktur kayu tertinggi di dunia.

Pengarah Pusat Inovasi Bahan Asli Cambridge, Michael Romage berkata: “Menara itu sudah pasti akan menjadi daya tarikan kerana keunikannya.”


Menara kayu tertinggi di dunia ketika ini ialah apartmen 14 tingkat di Bergen, Norway.

Beberapa lagi bangunan seumpama itu dirancang dibina di Perancis dan Sweden.

Bulan lalu, arkitek Perancis, Jean Paul Viguier mengumumkan cadangan untuk membina tiga menara kayu di Bordeaux sementara syarikat arkitek Sweden Tham & Videgrd berkata, ia sudah merangka rancangan membina beberapa apartmen kayu di Stockholm.

Bercakap mengenai rancangan membina bagunan pencakar kayu di London, seorang arkitek terkenal, Kevin Flanagan berkata: “Penggunaan kayu akan mengubah cara kita membina bangunan di bandar raya ini. Bangunan kayu berpotensi mewujudkan suasana santai dan kreatif di kawasan bandar.” – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori