Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bomba P.Pinang Ambil Masa...

Georgetown - Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan khas memindahkan...

KPU Indonesia Adakan Pengundian...

JAKARTA – Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengumumkan suruhanjaya itu akan mengadakan pengundian...

Rempuh Anak Dengan Van...

HANGZHOU, China – Ia merupakan pengalaman pedih kepada pasangan Liu Tien, 45, dan...

Gempa Bumi Utara Sumatera...

PETALING JAYA - Gegaran yang dirasai warga Lembah Klang hari ini berpunca daripada...

Mia Sara Jual Tudung, Harap Jenamanya Tidak Diciplak

PELAKON Mia Sara yang turut berjinak-jinak dalam peniagaan muslimah berharap tudung dan jubah di bawah jenama miliknya iaitu MS Couture tidak diciplak oleh mana-mana pihak.

6

Menurut aktes filem Papa I Love You, 11, ini, produk jenamanya itu dijual dengan harga berpatutan dan tidak berbaloi untuk diciplak dalam meraih keuntungan.

“Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga.

“Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya,” ujarnya kepada mStar Online dalam majlis pelancaran jenama miliknya, MS Couture di ibu kota.

4

Bercerita mengenai suka duka di awal pembabitannya dalam bidang perniagaan, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, memberitahu pada awalnya, jualan tudung tidak laku namun menjadi semakin laris selepas beritanya berhijab pada usia muda menjadi perhatian.

“Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015.


“Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah.

“Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga,” katanya.

Tambah Mia, kini jualan yang dilakukan menerusi stokis yang dilantik semakin meningkat sehingga tidak dapat menampung permintaan.

Wah, nampaknya semakin bertambah bilangan selebriti yang berhijrah memakai hijab menjual tudung.

Apa pun, semoga mereka terus istiqamah dalam penghijrahan ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori