Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Agong Rasmi Istiadat Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Isnin...

Haram Pesta Arak Bukti...

KUALA LUMPUR - Hanya dengan kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14...

Hanya 50 Sen Untuk...

KUCHING - Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia)...

Mangsa Tak Turun Walaupun...

KUALA LUMPUR - Seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran tragis pusat tahfiz Darul...

Model Kejam Rancang Bunuh Bekas Isteri Suaminya

Tara Lambert merupakan seorang model, dengan wajah yang cantik dan bentuk badan idaman ramai wanita.

Namun dia sebenarnya mempunyai hati yang busuk dan kejam. Tara sanggup mengupah seorang pembunuh upahan semata-mata untuk membunuh bekas isteri kepada suaminya. Kellie Cooke.

Kellie dan bekas suaminya, Brandon Lambert mempunyai dua anak dan disebabkan kedua-duanya terlibat dalam perebutan anak di mahkamah maka Tara mengambil jalan singkat dengan merancang pembunuhan Kellie.

Hanya dengan kematian wanita itu maka kes berkenaan tidak perlu berpanjangan di mahkamah.

“Pastikan mayatnya tidak dapat dikesan dan kau boleh buang dalam hutan jika kau mahu,” demikian arahan Tara kepada pembunuh tersebut dengan angkuh

Tara, yang berasal dari Ohio telah berkahwin dengan Brandon selama dua tahun. Kellie pula telah berkahwin dengan Shawn.

Kes itu terbongkar apabila pembunuh upahan yang dibayar oleh Tara sebenarnya adalah polis yang melakukan penyamaran.


Pihak berkuasa kemudiannya memaklumkan kepada Kellie dan Shawn mengenai konspirasi pembunuhan itu.

Dan sepanjang kes itu dibicarakan, Brandon langsung tidak kelihatan di mahkamah.

Tara kemudiannya disabitkan dengan tuduhan konspirasi membunuh.

Semenjak kecil Tara sering melakukan apa sahaja untuk mencapai kehendaknya dan dia sanggup menjalani prosedur kosmetik selama 20 kali semata-mata untuk menjadi model.

Malah ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengarahkan pembunuhan itu, dia masih bergaya dengan kasut tinggi dan solekan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori