Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Hari Baharu, Kehidupan Baharu”

SINGAPURA - "Perjalanan ke lapangan terbang adalah metafora. Saya menjemputnya dalam kegelapan. Dia...

Belanda: Ratusan Sertai Protes...

AMSTERDAM: Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam di Belanda bagi membantah...

Rasuah: Bekas Sarjan Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas polis berpangkat sarjan dihukum penjara sehari dan didenda...

2 Guru Wanita Didakwa...

Dua guru wanita di Louisiana, Amerika didakwa di atas kesalahan mengadakan hubungan seks...

Muhyiddin Kini Ibarat ‘Duta’ Pembangkang

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerus menjadi bahan kempen pembangkang untuk menarik orang ramai menghadiri ceramah mereka bagi memburuk-burukkan UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaharu, kedudukan Muhyiddin sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dipergunakan oleh Parti Amanah Negara (PAN) untuk mengajak orang ramai menghadiri program anjuran parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) antikerajaan di Muar, Johor.

Setiausaha Organisasi PAN merangkap pengarah program itu, Suhaizan Kaiat memberitahu Muhyiddin akan menyertai program yang bakal memperkatakan tentang keburukan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tersebut.

“Gabungan Selamatkan Malaysia yang terdiri daripada gabungan NGO dan parti-parti politik akan menganjurkan ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ di Muar pada 15 April 2016.

“Antara yang akan menyampaikan pidato adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya dalam satu pengumuman baru-baru ini.

Suhaizan yang disingkirkan daripada jawatan Ketua Pemuda PAS pada Jun tahun lalu berkata, pihaknya berharap program itu mendapat sambutan hangat masyarakat setempat kerana Muhyiddin berasal dari Muar mempunyai pengaruh yang sangat kuat di daerah itu.

“Penampilan ketiga-tiga tokoh ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat (Muar),” dakwanya.


Muhyiddin digantung daripada Jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 26 Februari lalu selepas usul tindakan itu dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam satu mesyuarat.

Beliau menghadapi tindakan berkenaan ekoran dilihat tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebagai pemimpin parti dengan sempurna.

Muhyiddin sejak digugurkan daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO lantang memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri dan mengkritik partinya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori