Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kakak Nursyahida Jawab Isu...

SUSULAN  tersebar salinan mesej di grup Facebook mendakwa pelajar yang ditampar ustazah hingga terlantar di...

PI1M Sabah Perlu Dioptimumkan...

KOTA KINABALU - Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) perlu dioptimumkan bagi membolehkan masyarakat, khususnya...

Pandang Ke Hadapan Untuk...

KUALA LUMPUR - Perwakilan UMNO perlu memandang ke hadapan dengan memahami pola...

Bot Dan Kru Vietnam...

LABUAN - Polis Marin Labuan menahan lapan nelayan Vietnam, termasuk juragan, dalam operasi...

Nabil Tidak Mahu Sentuh Wanita Bukan Mahram

SEJAK pulang daripada mengerjakan ibadah haji pada September tahun lalu, boleh dikatakan pengacara dan pelawak Nabil Ahmad sudah tidak lagi dilihat muncul dalam mana-mana drama mahupun filem.

Mengulas hal itu, Nabil, 33, memberitahu, salah satu sebab dia menolak tawaran berlakon kerana ingin menjaga batas daripada bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

“Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

“Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini turut menafikan dia mahu berlagak alim sebaliknya cuba memperbaiki dirinya menjadi insan yang lebih baik.


Katanya lagi, dia kini turut mengupah seorang ustaz untuk belajar mengaji al-Quran secara persendirian di rumah.

Dalam perkembangan lain, Nabil bakal muncul sebagai pengacara dalam Lawak Ke Der 2016 Live Di Istana Budaya yang diadakan di Istana Budaya, bermula 5 hingga 8 Mei depan. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Nabil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori