Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perkara ‘Best’ Yang Boleh...

MENGIKUT harga semasa, purata harga bagi setiap kotak rokok yang dijual adalah RM15....

Mandikan Anjing Dalam Bilik...

VIDEO ‘live’ wanita memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan...

Facebook Ketatkan Dasar Iklan...

NEW DELHI - Facebook Inc mengetatkan peraturan iklan politik di India untuk lebih...

Subsidi Haji Untuk Yang...

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan...

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Gempa Bumi Di Jepun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah dan simpatinya kepada penduduk Jepun, khususnya keluarga dan mangsa yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda negara itu pada Khamis.

Najib dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya juga mengesahkan tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa yang membabitkan rakyat Malaysia di wilayah Kumamoto di Jepun, yang dilanda gempa bumi itu.

“Kementerian (Luar) juga mengesahkan 18 pelajar Malaysia telah dipindahkan ke zon pemindahan dan kami sedang bekerja rapat dengan kerajaan Jepun untuk memastikan status rakyat Malaysia yang lain di sana.

“Saya menyeru agar semua bertenang dan hubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk maklumat lanjut di +(81-3) 3476-3840,” katanya.

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter itu melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, menyebabkan sembilan maut dan lebih daripada 700 orang cedera.


Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kesemua 18 pelajar Malaysia di tiga universiti di wilayah Kumamoto selamat.

Para pelajar tersebut sedang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori