Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dilepas & Dibebaskan...

PETALING JAYA - Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini,...

PGPF Kecam Kekerasan Israel...

KUALA LUMPUR - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) pada Rabu mengecam tindakan Israel...

Kurus Melampau: Wajah Terbaru...

DIA hanya mengamalkan pemakanan berjumlah 500 kalori sahaja sehari demi mendapatkan bentuk badan...

Seleweng: Pegawai MOA Dibebaskan...

PUTRAJAYA - Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditahan reman bagi...

NGO Masyarakat Kata Aktiviti Judi Berleluasa Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas Malaysia) mendedahkan aktiviti judi berselindung di sebalik lesen Pusat Hiburan Keluarga kini kembali berleluasa di Pulau Pinang.

Presidennya, Nurfitri Amir Muhammad berkata, pihaknya menyedari perkara itu dengan melakukan pemantauan terhadap beberapa pusat hiburan keluarga di bangunan KOMTAR dan Prangin Mall sejak tujuh minggu lalu.

“Kami mendapati, hampir semua Pusat Hiburan Keluarga disini bukan sahaja menawarkan permainan video games dan snooker malahan menawarkan permainan judi kepada pengunjung menggunakan pelbagai mesin judi elektronik.

“Antaranya mesin slot, tembak ikan, golf, dart dan pelbagai jenis lagi. Mesin-mesin ini menawarkan ganjaran kupon khas kepada pemenang yang boleh ditukar kepada wang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurfitri berkata, lebih membimbangkan pusat perjudian itu turut dikunjungi oleh kanak-kanak yang dibawa oleh ibu bapa mereka yang kemaruk mahu judi.


Menurutnya, perbuatan tersebut secara tidak langsung akan mempengaruhi minda kanak-kanak ke arah gejala negatif.

“Selain remaja kaki lepak dan belia yang berumur rata-rata 30-40 tahun. ‘Mini Kasino’ ini juga dikunjungi oleh warga emas yang turut ketagih judi,” katanya.

Kata beliau, aktiviti negatif itu telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu namun masih berterusan hingga kini walaupun walaupun beberapa tindakan telah diambil. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori