Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Treler Bawa 40 Tong...

KULIM - Sebuah treler yang membawa muatan 40 tong asid sulfurik terbalik di...

6 Warga Thai Ditahan...

KEMAMAN - Enam lelaki warga Thailand ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan...

Gempa Sabah: Ops SAR...

RANAU - Pasukan keselamatan meneruskan operasi mencari dan menyelamat pendaki yang masih hilang...

Pergiat Dialog Keharmonian, Tangani...

KUALA LUMPUR - Dialog dan seminar mengenai hubungan keagamaan dan kaum perlu dipergiat...

NIOSH Gesa Semua Sekolah Bersihkan Kawasan Semak

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menggesa pengurusan setiap sekolah memastikan persekitaran sekolah mereka bersih daripada semak samun, belukar dan timbunan perabot bilik darjah yang tidak digunakan.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya membuat gesaan itu kerana memandang berat kes murid dipatuk ular yang berlaku di kawasan sekolah di Kelantan dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Walaupun kes pelajar dipatuk haiwan berbisa dikaitkan dengan cuaca panas yang dialami negara sekarang tetapi pihak sekolah harus sentiasa mengutamakan isu keselamatan para pelajar dan guru pada setiap masa.

“Pihak berkuasa tempatan pula perlu menjalankan aktiviti pembersihan kawasan semak di sekeliling kawasan luar sekolah untuk mengelakkan ia menjadi habitat kepada haiwan liar atau reptilia berbisa seperti ular dan kala jengking,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim (1) di Pengkalan Chepa, Kelantan pada Selasa, seorang murid Tahun 1, Nuriey Nadirah Ruslan maut setelah dipatuk ular ketika bermain di taman sekolah semasa waktu rehat.

Sehari kemudian, seorang murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Chembong di Rembau, Negeri Sembilan pengsan setelah dipatuk ular sewaktu Pendidikan Jasmani di padang sekolah.


Lam Thye dalam pada itu menyarankan semua sekolah di negara ini mempraktikkan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).

Menurut beliau, program itu membudayakan keselamatan dan kesihatan dalam kalangan guru, murid serta pekerja dan penyedia perkhidmatan di sekolah.

“Konsep “OSH in School” adalah menyeluruh dan ia membantu pihak sekolah menjalankan penilaian risiko bagi menganggarkan jenis bahaya dan halangan yang mungkin berlaku baik dari segi persekitaran atau cuaca untuk mengelak daripada berlakunya sesuatu kemalangan.

“Saya telah menulis surat kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan kesediaan NIOSH untuk bekerjasama dengan Kementerian dalam menerap budaya keselamatan dan kesihatan di semua sekolah di Malaysia melalui program “OSH in School”,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori