Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tengku Abdullah Sedia Jumpa...

KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...

Patrick Teoh Mengaku Tak...

JOHOR BAHRU - Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, awal bulan lalu.

Johor Kenal Pasti Atlet...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mencadangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenal pasti...

Pengundian Awal PRK DUN...

TUMPAT - Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Operasi Pembenihan Awam Hasilkan Hujan Di Beberapa Kawasan

KUALA LUMPUR – Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di beberapa lokasi semalam, bertujuan menangani jerebu dan krisis air, berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan sasaran.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata operasi selama dua jam di Kudat, Kota Marudu dan Pitas, Sabah yang bermula pukul 2 petang itu, menghasilkan hujan di beberapa tempat di kawasan sasaran itu.

Katanya dua OPA turut dilaksanakan di Semenanjung semalam, satu berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan kerjasama TUDM bermula pada pukul 2 petang dan berakhir kira-kira pukul 5.45 petang.

“Kawasan sasaran merangkumi kawasan sekeliling Empangan Pedu dan Empangan Muda di negeri Kedah dan Empangan Bukit Merah di negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya OPA yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dengan kaedah pembakaran ‘flare’ oleh pesawat swasta pula bermula pukul 1.45 tengah hari dan berakhir pada pukul 4.55 petang.


Kawasan sasaran adalah kawasan tadahan iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis, Empangan Ahning, Pedu dan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah di Perak.

“OPA ini berjaya menghasilkan hujan di kawasan Empangan Bukit Merah di Perak,” katanya. Operasi berkenaan bersambung hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori