Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon...

2 Firma Guaman Nafi...

KUALA LUMPUR - Firma guaman Skrine menafikan yang peguam-peguam syarikat itu terlibat mengupah...

SOP Untuk Klinik Sedia...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk...

12,100 Orang Daftar Sebagai...

YAN - Seramai 12,100 orang di Kedah mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ...

Orang Iceland Tegur Nora Danish Jangan Leka Main Telefon Bimbit

BUKAN fenomena biasa di sini jika lihat orang sedang melepak dan meluangkan masa bersama-sama di restoran tapi mata masing-masing sibuk tertancap pada telefon pintar masing-masing.

Namun, situasi sebegini jarang sekali berlaku di Iceland sehingga aktres comel Nora Danish berkongsikan pengalamannya ditegur seorang penduduk di sana.

Mereka menegurnya agar segera meletakkan telefon bimbit sekali gus berbual dengan ahli keluarganya yang turut berada di situ.

“Masyarakat di sana memang ramah dan juga mengambil berat terhadap orang sekeliling. Pernah ketika kami singgah di sebuah restoran untuk makan, kami masing-masing asyik dengan telefon.

“Melihat keadaan itu mereka menegur kami agar menyimpan telefon dan berbual di antara satu sama lain.

“Apabila melihat sekeliling masyarakat tempatan yang berada di dalam restoran tersebut memang tiada seorang pun memegang telefon dan membuatkan kami malu dan menyimpan telefon,” katanya dipetik mStar.


Nora ke Iceland baru-baru ini bagi menjalani penggambaran foto dan video untuk mempromosikan koleksi tudung Owl By ND untuk keluaran Aidilfitri nanti.

nora1
Antara koleksi tudung OWL by ND untuk keluaran Aidilfitri tahun ini.

Nora memilih Iceland kerana terpaut dengan kecantikan dan keindahan negara tersebut yang dipaparkan menerusi filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori