Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perkeso Terima 175 Mohon...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima 175 permohonan bantuan interim Sistem...

Kes Saman Fitnah Guan...

GEORGE TOWN - Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan...

APMM Perlis Tahan Bot...

KUALA PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perlis menahan sebuah bot pukat...

Petugas Sudah Dipanggil, Adakah...

ADAKAH benar Pilihanraya Umum ke-14 akan diadakan tahun hadapan? Itu persoalan yang timbul apabila...

Palanivel Pohon Maaf Kepada Saravanan, Kes Saman Fitnah Selesai

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan terhadap Datuk Seri G.Palanivel selesai secara baik, selepas bekas presiden MIC itu memohon maaf dan kekesalan berhubung kenyataannya berkaitan dana Yayasan Tindakan Gerakan Afirmatif Baru (NAAM).

Pada 30 Julai 2015, Saravanan yang juga pengerusi NAAM memfailkan saman itu atas dakwaan Palanivel memfitnahnya dengan mengeluarkan dan menerbitkan kata-kata tidak benar dan palsu yang diterbitkan di akhbar Tamil Malar pada 21 Jun tahun lepas.

Terdahulu, peguam R.Thayalan yang mewakili Palanivel mengemukakan pernyataan penarikan balik kenyataan bekas presiden MIC itu, di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab dengan dihadiri peguam V. Premshangar yang mewakili Saravanan.

Palanivel yang tidak hadir di mahkamah, dalam pernyataan ditandatanganinya, berkata, “Saya dengan ini tanpa syarat menarik balik semua kenyataan saya yang dinyatakan dalam saman ini yang merujuk kepada plaintif.

“Saya menyesal dan memohon maaf bagi sebarang ketidakselesaan yang dialami plaintif akibat daripada kenyataan berkenaan,”.

Dalam pernyataan tuntutannya, Saravanan yang juga Naib Presiden MIC, mendakwa Palanivel pada Jun 2015, telah secara niat jahat, salah dan cuai telah mengeluarkan dan menerbitkan kata-kata tidak benar dan palsu yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Tamil Malar pada 21 Jun.

Beliau mendakwa perkataan-perkataan yang diterbitkan itu antara lain bermaksud plaintif telah menyalahgunakan dana NAAM untuk kepentingannya sendiri, telah gagal melaksanakan tugas-tugasnya kepada masyarakat India terutamanya dan tidak layak memegang jawatan pengerusi NAAM.


Saravanan, yang juga anggota Parlimen Tapah mendakwa penerbitan itu telah mencederakan reputasi dan kredibilitinya dan dirinya telah dibawa ke skandal awam serta kebencian dan penghinaan umum.

Ketika ditemui pemberita, Saravanan berkata kes saman terhadap Tamil Malar akan diteruskan walaupun peguam mewakili akhbar itu ada memaklumkan berminat untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

“Apa yang Palanivel kata itu sebagai orang politik dan saya sanggup memaafkannya. Saya rasa surat khabar ada tanggungjawab yang lebih besar, surat khabar Tamil harus memastikan kenyataan yang dicetak adalah benar,” katanya.

Sementara itu, Premshangar memaklumkan mahkamah menetapkan 3 Mei untuk pengurusan kes bagi kes Tamil Malar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori