Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Netizen Rimas Suara Bingit...

PROGRAM Gema Gegar Vaganza yang sudah memasuki episod kedua semalam terus mendapat perhatian...

Kematian Global COVID-19 Melebihi...

BEIJING - Angka kematian COVID-19 di seluruh dunia telah melampaui satu juta, mencapai 1,000,040...

KXP Bukan Pelengkap Tetapi...

PULAU PINANG - Kerajaan negeri menegaskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bukan...

40 Kes Kematian Akibat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 kes kematian akibat demam denggi dilaporkan sehingga 25...

PAN Bimbang Keselamatan Mohammad Nizar, Mohon PDRM Siasat Ugutan

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) memohon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat kejadian pemimpinnya, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa diugut oleh seorang pegawai kanan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS).

Timbalan Ketua Pemuda PAN Perak, Mohd. Fitri Asmuni berkata, pihaknya meminta PDRM menyiasat kejadian tersebut kerana PAN berasa bimbang dengan dengan keselamatan pemimpinnya tersebut.

“Pemuda PAN Perak bimbang dengan keselamatan diri Mohammad Nizar ekoran ugutan daripada pihak tertentu berikutan isu yang dibangkitkan beliau di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

“Kami mengharapkan agar pihak PDRM membuat iasatan tentang kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ironinya, gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan yang dianggotai PAN selama ini sering memperlekehkan kredibiliti PDRM dalam menjalankan tugas secara telus dan berwibawa serta melemparkan pelbagai tohmahan ke atas pasukan itu.


Mohd. Fitri berkata, Mohammad Nizar membangkitkan tentang kelemahan pentadbiran KUISAS dalam DUN Perak baru-baru ini menyebabkan beliau diberi amaran oleh seorang pegawai kanan KUISAS semasa berehat di Kafeteria DUN baru-baru ini.

“Mungkin disebabkan itu, pegawai KUISAS tersebut begitu marah dengan Mohammad Nizar dan memberikan amaran serta mencabar beliau,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori