Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kekal Dipenjara Bunuh...

PUTRAJAYA - Cinta tiga segi akhirnya membawa seorang lelaki kekal dipenjara selepas Mahkamah...

Kerajaan Komited Perkukuh Institusi...

SANDAKAN - Kerajaan komited untuk terus memperkukuh institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung...

Remaja Turki Dipenjara Kerana...

ISTANBUL - Seorang budak lelaki 16 tahun di Turki dijatuhi hukuman penjara empat...

UMNO Setuju Cadangan Akta...

KUALA LUMPUR - Cadangan memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik mampu mengukuhkan keadaan...

PAN Cuma Parti Serpihan Ahli Tak Sampai 1 Peratus – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – PAS tidak bimbang dengan kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) kerana parti itu cuma parti serpihan PAS yang tidak mendapat sokongan ramai umat Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAN yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti hanya disertai sekumpulan kecil penyokongnya.

“Mereka yang keluar PAS menubuh PAN di mana ahlinya tak sampai satu peratus daripada 1.1 juta ahli PAS sekarang,

“Tak sampai satu peratus jumlah mereka. Kita menganggap sebagai serpihan,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Bekas pemimpin PAS terbabit disingkirkan kerana dilihat terlalu cenderung dengan agenda DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertentangan dengan prinsip Islam.


PAN, DAP dan PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat dibubarkan bagi mengeluarkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

Menjawab satu soalan lain, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama semula dengan DAP sekiranya parti itu menerima pelaksanaan undang-undang hudud.

DAP menentang kuat cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam itu di Kelantan dengan menyifatkan hudud sebagai undang-undang kuno dan zalim. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori