Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ulama PAS Akui Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengakui pelbagai isu dalam negara...

Sarawak Laksana Dua Inisiatif...

BINTULU – Beberapa inisiatif baharu bagi merancakkkan lagi pembangunan ekonomi Sarawak akan dilaksanakan...

“Kami Sebulat Suara Calonkan...

IPOH - Pencalonan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak...

Lelaki Gila!! Lakukan Oral...

Romania – Lelaki ini sememangnya gila dan sakit jiwa. Apa tidaknya dia melakukan...

PAN Harap `Bank of Johor’ Perbankan Tanpa Faedah

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyokong penuh cadangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya kerajaan negeri menubuhkan ‘Bank of Johor’

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, PAN bagaimanapun berharap `Bank of Johor’ yang mahu diwujudkan tersebut beroperasi berdasarkan konsep perbankan tanpa faedah.

“Pada kami, pengalaman ‘Grameen Bank’ di Bangladesh adalah antara model terbaik yang boleh dijadikan contoh.

“‘Grameen Bank’ menjadi sebuah mercu yang sangat unik dengan konsep bank untuk golongan miskin yang sangat berbeza daripada bank konvensional.

“Pengasasnya Muhammad Yunus diberi anugerah nobel ekoran kejayaannya membantu golongan miskin di Bangladesh melalui usaha penubuhan bank itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sultan Johor pada 14 April lalu bertitah mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan `Bank of Johor’.

“Dengan rizab wang tunai kerajaan negeri mencecah RM3 bilion dan pendapatan kerajaan serta syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang mencecah RM7.5 bilion setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk Bank of Johor ini,” titah baginda. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori