Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU14: Johor Hampir Pasti...

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor telah bersedia untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu...

Nama Anak Unik, Syatilla...

AKTRES Syatilla Melvin akui tidak ambil pusing langsung apabila para netizen mempertikaikan nama...

Projek Ternakan Udang Jejas...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa seramai 2,000 nelayan pantai...

KDN Mungkin Haram Buku...

SHAH ALAM - Buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas iaitu...

Paras Air Empangan Bukit Merah Meningkat Tapi Masih Kritikal

IPOH – Paras air di Empangan Bukit Merah meningkat sebanyak 6.18 meter (20.30 kaki) namun masih berada pada tahap kritikal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Beliau berkata paras air empangan ialah 6.06 meter (19.9 kaki) Isnin lalu.

“Peningkatan berlaku berikutan hujan mula turun sejak kebelakangan ini di stesen cerapan di kawasan tadahan Kampung Sempeneh, Batu Kurau dan Bukit Merah,” katanya kepada Bernama.

Mengenai kemungkinan Lembaga Air Perak (LAP) akan membuat catuan berkala, Zainol Fadzi berkata ia akan dilakukan apabila paras air empangan tersebut menyusut sehingga 5.20 meter.

“Pengguna di daerah Kerian, Kamunting dan Taiping akan terjejas sekiranya catuan berlaku,” katanya.


Sementara itu Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, Ir Hasni Mat berkata pihaknya sedang membekalkan pam air kepada petani untuk memastikan 17,000 hektar tanaman padi tidak terjejas berikutan air Empangan Bukit Merah mengalami penyusutan.

“JPS menyediakan 21 pam bergerak berkapasiti rendah untuk sedut air daripada parit ke bendang. Air dari parit akan dikitar semula sebelum dibekalkan ke bendang,” katanya.

Beliau berkata pam ditempatkan di beberapa kawasan di Kerian antaranya Tanjung Piandang, Alor Pongsu, Sungai Acheh, Semanggol dan Selinsing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori