Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU15: Nurul Izzah Janji...

PERMATANG PAUH : Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah...

Pemimpin DAP Rasis Kait...

JIKA sebelum ini, Ronnie Liu Tian Khiew pernah mencetuskan kontroversi pada 2005 apabila...

Hampir Separuh Syarikat Sabah...

KOTA KINABALU - Tidak sampai dua bulan tempoh pendaftaran untuk cukai barang dan...

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia akibat masalah...

Paras Hutang Isi Rumah 89.1% Daripada KDNK – Chua

KUALA LUMPUR – Kedudukan paras hutang isi rumah negara bagi 2015 adalah 89.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan sebahagian besarnya bagi tujuan pengumpulan aset dan kekayaan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong memberitahu Dewan Negara hari ini, ia merangkumi pinjaman pembelian harta tanah serta pelaburan aset kewangan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 56.2 peratus merupakan pinjaman pembelian rumah dan harta tanah untuk kediaman dan bukan kediaman manakala 15.5 peratus bagi pembelian kenderaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Norliza Abdul Rahim mengenai laporan kira-kira 68 peratus rakyat Malaysia dibebani hutang dan menjadikan Malaysia tertinggi dalam kalangan lapan negara Asia.

Mengulas lanjut, Chua berkata, permintaan bagi pembelian harta kediaman dan kenderaan dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang berikutan tahap pendapatan rakyat yang meningkat seiring kepesatan prestasi ekonomi negara serta aspek pembandarannya.

“Keyakinan pembayaran balik pinjaman itu dicerminkan oleh tahap pinjaman terjejas yang rendah iaitu 1.1 peratus serta pemilikan aset harta yang harganya lebih tinggi pada masa akan datang dan membolehkan isi rumah berkeupayaan membeli aset melalui pinjaman,” katanya.

Jelasnya, keupayaan pembayaran balik hutang itu turut disokong oleh keadaan guna tenaga dan tahap pendapatan yang kukuh serta kestabilan penampan kewangan agregat isi rumah dengan nisbah aset kewangan isi rumah kepada hutang adalah dua kali lebih tinggi daripada hutang isi rumah.


Tegas Chua, kerajaan juga sentiasa memberi perhatian khusus terhadap keberhutangan sektor isi rumah yang tinggi dan pelbagai langkah progresif dilaksanakan bagi membendung kenaikan hutang sektor itu sejak 2010.

“Ia bagi memastikan tahap keberhutangan sektor berkenaan kekal terkawal, tidak menjadi satu sumber kestabilan kewangan pada masa hadapan selain memastikan amalan pengurusan kredit secara berhemat, katanya.

Menurut Chua, sejak pelaksanaan langkah berkaitan, kadar pertumbuhan hutang isi rumah telah menyederhana dan mereka semakin menyedari kepentingan kemampuan untuk berhutang.

Malah sehingga akhir 2015, kadar pertumbuhan hutang isi rumah adalah sebanyak 7.3 peratus berbanding 9.4 peratus pada tahun 2014 dan 12.2 peratus pada 2013.

Beliau menegaskan, risiko kestabilan kewangan domestik terus terkawal berikutan keadaan guna tenaga serta tahap pendapatan yang stabil selain disokong penampan kewangan agregat isi rumah yang tinggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori