Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Misteri 4 Pemimpin Besar...

APA dibincang mereka berempat ini? Itulah yang terlintas di fikiran apabila lihat sekeping gambar...

Geng Perawan Dan Janda...

DUA wanita yang ada kaitan dengan ahli kumpulan 'Geng Perawan dan Janda' ditahan...

Warga Iran Ditahan Miliki...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Iran berumur 33 tahun yang...

AS Guna Isu Uighur...

JABATAN Negara Amerika Syarikat pada Selasa menunjukkan perhatian pada apa yang disifatkan sebagai...

PAS Dedah Anwar Sabotaj Usaha Penyatuan Umat Islam 1986

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan semua pihak mengenai kelicikan Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sabotaj ke atas usaha PAS dan UMNO mencari persefahaman demi kepentingan umat Islam pada tahun 1986 bagi mencapai cita-cita politiknya

Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, Anwar melakukan pengkhianatan itu sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO dengan mendedahkan perbincangan sulit PAS dan UMNO pada 16 Mac 1986 kepada umum bagi membangkitkan kemarahan bukan Islam.

“Pada 31 Januari 1986, Anwar menyatakan kesediaan UMNO untuk berunding dengan PAS demi kepentingan Islam. Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 12 Februari 1986 telah bersetuju untuk bermuzakarah dengan UMNO.

“Pertemuan tanpa agenda yang disifatkan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pertemuan peribadi ini telah dikhianati oleh Anwar. Pertemuan sulit ini telah didedahkan oleh Anwar dalam tempoh 24 jam selepas pertemuan diadakan diikuti oleh pendedahan beliau kepada media di Pulau Pinang pada 13 April 1986,” katanya dalam satu artikel bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah PAS yang disiarkan di laman web rasmi PAS di sini semalam.

Kata Mohd. Fadli, perbuatan Anwar tersebut memaksa pemimpin PAS dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Presiden UMNO pada waktu itu membuat pengakuan umum tentang pertemuan berkenaan.

Kata beliau, akibat pengkhianatan Anwar terhadap pertemuan sulit untuk kepentingan umat Islam itu, PAS terpaksa berhadapan dengan kemarahan pengundi Cina yang menuduh PAS menipu mereka.


Jelas beliau, kemarahan pengundi Cina tersebut menyebabkan PAS hanya memenangi satu kerusi sahaja di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-7 pada 3 Ogos 1986.

Mynewshub.cc difahamkan, perbuatan khianat Anwar terhadap usaha menyatukan umat Islam pada tahun 1986 tersebut memberi kelebihan kepada parti DAP meraih sokongan bukan Melayu dengan meluas.

Anwar yang menjadi Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas dipecat daripada UMNO kini merengkok dalam Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat seorang lelaki lain beberapa tahun lalu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori