Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aeril Berang, Foto Keluarga...

PELAKON, Aeril Zafrel meluahkan rasa kecewa serta berang terhadap perilaku peniaga online yang...

Mukhriz Gagal Tadbir Kedah?...

KUALA LUMPUR - PAS Kedah menyatakan sokongan secara tidak langsung ke atas desakan...

Anak Gadis Parah Dipukul...

WANITA parah dihentak dengan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan,...

Geng Tikus Tumpas

Sungai Petani : Kegiatan licik Geng Tikus yang melakukan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi...

Pasukan Penyiasat PDRM Ditubuh Untuk Siasat 1MDB

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan penyiasat bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jumaat lepas untuk meneliti laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Bakar berkata pasukan penyiasat yang diketuai beliau sendiri, akan menyiasat syarikat pelaburan strategik kerajaan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur pecah amanah dan tipu.

“Saya telah menerima arahan dari Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang di Parlimen pada 8 April supaya PDRM menjalankan siasatan.

“Polis telah memulakan semula siasatan dengan mengambil kira lima syor dari laporan PAC dan melihat segala isu yang dibangkitkan dalam laporan itu,” katanya pada sidang media sempena program derma darah sempena Peringatan Hari Polis ke-209, di sini hari ini.

Khalid berkata beberapa saksi termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif IMDB, Datuk Shahrul Azral Ibrahim Halmi turut dipanggil bagi membantu siasatan, di samping pemeriksaan dokumen berkaitan kes IMDB akan dilakukan.

“Apa jua hasilnya nanti, kita akan majukan kepada Jabatan Peguam Negara,” kata Khalid.


Beliau berkata pihaknya akan meneliti sama ada terdapat elemen jenayah ataupun sekadar pelanggaran tatacara syarikat yang jatuh di bawah Akta Syarikat.

PAC pada Khamis lepas telah membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir
Urus 1MDB setebal 106 muka surat di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa yang dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang itu antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB itu dan pihak yang berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Anggota lain pasukan penyiasat polis itu ialah pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori