Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wabak Kedua Selesema Burung...

MANILA – Filipina mencatatkan wabak selesema burung kedua di wilayah pulau Luzon, kata...

Masalah Bahasa Bukan Halangan...

KUALA LUMPUR - Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah bukanlah alasan kepada mana-mana...

Pesakit HSA Pindah Ke...

PUTRAJAYA - Susulan kejadian kebakaran di di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital...

Netizen Pertikai ‘Bakat’ Mimik...

INGAT lagikah anda dengan Bobo yang satu ketika dahulu cukup terkenal selepas videonya...

Pegawai Dan Anggota IPK Perlis Lawat Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR – Seramai 70 pegawai dan anggota polis Perlis mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar sempena Hari Peringatan Polis Ke-209 hari ini.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail yang mengetuai lawatan berkenaan mengambil kesempatan melawat pesakit yang terdiri daripada anggota polis yang masih berkhidmat, keluarga anggota polis dan orang awam yang menerima rawatan di wad HTF.

Pada lawatan itu, Shafie turut mengambil kesempatan melawat seorang anggota polis trafik yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau yang menerima rawatan akibat komplikasi hati yang dihadapi sejak Julai tahun lepas.

Koperal Mohd Ruslin Husin, 46, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak 26 tahun lepas menerima rawatan di hospital berkenaan beberapa kali dalam tempoh sebulan di HTF.


Shafie berkata pihaknya akan memikirkan penyelesaian yang sesuai untuk membantu anggotanya yang tidak berupaya untuk menjalankan tugas.

“Saya mungkin akan mengusulkan kepada pengurusan tertinggi untuk memberikan pencen awal kepada Mohd Ruslin memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan untuknya bekerja,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori