Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Masuk Wad,...

PENYANYI dan pakar motivasi Hafiz Hamidun kini ditahan di wad sebuah hospital di...

Aliran Trafik Sekitar Ibu...

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar kawasan ibu kota mulai sesak terutamanya...

Hassan Al-Kontar Dapat Suaka...

OTTAWA - Lelaki Syria yang menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai...

Klopp Pening Kepala, 3...

SADIO Mane menjadi pemain Liverpool terbaharu yang bergelut dengan kecederaan selepas Mohamed Salah...

Pekerja MBPP Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Kereta

GEORGE TOWN – Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.45 pagi itu Mohamed Jamaludin Mohamed Shariff, 58, dari Taman Terubong Jaya, di sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori