Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Bendahari Dewan Pemuda...

KUALA LUMPUR - Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengaku...

Facebook Perkenal ‘Marketplace’ Di...

KUALA LUMPUR – Facebook hari ini memperkenalkan ‘Marketplace’ atau pasaran, di Malaysia, yang...

2 Warga Malaysia Maut...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Kenyataan Interim Penuh Oleh...

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Berikut ialah kenyataan penuh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran...

Pekerja Tapak Projek Maut Dihempap Generator

KLANG – Seorang pekerja tapak projek maut selepas dihempap mesin generator dalam kejadian di tapak projek lebuh raya di Persiaran Hamzah Alang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang menyebabkan mangsa, Yau Hong Wai, 63, maut akibat cedera teruk di kepala.

Menurutnya, kejadian itu disedari pemandu kren yang mendengar bunyi benda jatuh.

“Bila dilihat, mangsa dan seorang lagi pekerja Bangladesh telah ditindih set generator.

“Pemandu kren tersebut kemudian mengalihkan generator tersebut menggunakan kren. Mangsa mati di lokasi kejadian, manakala pekerja Bangladesh itu cedera di kaki,” katanya.


Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Katanya, dipercayai set generator itu jatuh apabila pengikat skru yang menyokong generator itu tercabut.

Menurutnya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori