Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Piala AFC: Gopinathan Wira...

KUALA LUMPUR - Pahang membuka langkah kanan dalam kancah bola sepak Piala AFC...

Malaysia Tersasar Emas Pertama...

KUALA LUMPUR - Hasrat Malaysia untuk mengutip emas pertama dalam acara boling padang...

Nahas Germanwings: Misi Mencari...

SEYNE-LES-ALPES - Pihak berkuasa Perancis menangguhkan sementara misi mencari di lokasi nahas pesawat...

MH17: Malaysia Tak Akan...

NEW YORK – Malaysia tidak akan berehat selagi pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh...

Pelajar Harus Ada Pemikiran Bertaraf Dunia – Raja Muda Perlis

ARAU – Pelajar harus dilatih membina pemikiran bertaraf dunia yang berupaya melonjakkan kecemerlangan diri mereka, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Namun menurut baginda, pembudayaan ilmu bagi mencapai matlamat itu perlu berteraskan pada agama dan moral supaya generasi yang dilahirkan tetap berpegang teguh pada budaya dan identiti nasional.

“Pelajar cemerlang harus berkebolehan, memahami dan mampu berinteraksi dalam bahasa selain daripada bahasa ibunda untuk mengakses pelbagai sumber maklumat,” titah Tuanku Syed Faizuddin ketika merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad di sini, pagi ini.

Turut hadir, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Baginda bertitah pelajar juga perlu menunjukkan minat, aktif mengambil bahagian dan mampu bekerjasama serta dapat menerima pandangan rakan, bagi mempercepatkan kematangan mereka berfikir.

Ibu bapa juga harus menyokong program anjuran sekolah untuk menarik minat anak mereka terhadap pembelajaran, tambah Tuanku Syed Faizuddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori