MELAKA – Dewan Universiti Teknikal Melaka (UTeM) diselubungi syahdu apabila seorang remaja melafazkan dua kalimah syahadah selepas mengikuti ceramah Dr. Zakir Naik.
Pelajar itu memeluk Islam setelah berpuas hati dengan penjelasan penceramah terkenal antarabangsa itu.
Beliau yang juga pelajar jurusan Elektronik Komunikasi di universiti sama mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Dr. Zakir Naik kira-kira jam 11.05 minit malam tadi.
Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang bersama dalam ceramah bertajuk ‘Islam: Masalah dan Penyelesaian Kemanusiaan’. – Sinar Harian Online