Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengurus Goldman Diharam...

WASHINGTON - Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), semalam berkata pihaknya menyetujui 2 bekas...

Benih Jagung Bijian Mencukupi...

SUNGAI PETANI - Negara dijangka mampu mengeluarkan benih jagung bijian yang mencukupi untuk...

Pendapatan Kurang RM3,000 Akan...

KUALA LUMPUR - Dua juta isi rumah di Malaysia bersamaan 28.7 peratus yang...

Hospital Baharu Tanjong Karang...

KUALA SELANGOR : Hospital Tanjong Karang yang baru siap dibina di sini yang...

Pelucutan Darjah Kebesaran: Ahmad Razif Reda

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman reda dengan keputusan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya.

Katanya sebagai rakyat dan pemimpin, beliau akan tetap membuktikan taat setia kepada Sultan Mizan.

“Saya akan terus taat setia dan kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan.

“Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah-anugerah tersebut.

“Yang penting, kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, malam tadi.


Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori