Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jokowi ‘Malu’ Bentuk Koc...

JAKARTA - Ketika Malaysia ceria menikmati perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) yang jadi...

Kes Myvi: Saksi Tak...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Trafik di sini, hari ini bahawa...

LHDN, Kastam Meterai MoU...

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia...

KeTTHA Bangun Silibus Teknologi...

KOTA BHARU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengambil inisiatif membangunkan...

Pemandu Teksi Berkeras Uber Wajar Diharamkan

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pemandu teksi sekitar Lembah Klang berkumpul di Mahkamah Kuala Lumpur bagi menyokong bantahan permohonan Uber menjadi pencelah dalam kes saman yang difailkan mereka terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.

Saman berhubung perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane yang difailkan pada 30 Disember tahun lepas itu kerana didakwa menjalankan operasi secara tidak sah sekaligus menutup punca pendapatan pemandu teksi.

Peguam yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, R Kengadharan berkata bantahan dibuat kerana perkhidmatan Uber tidak berdaftar secara sah seperti pemandu teksi bermeter.

Peguam, R Kengadharan, mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang
Peguam, R Kengadharan, mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang

Tambahnya, Uber merupakan perkhidmatan haram yang bertentangan dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta 715 Enakmen SPAD 2010.

Uber memfailkan permohonan pada 4 Mac lalu untuk menjadi pencelah dengan alasan punca pendapatan mereka terjejas berikutan kes saman ini dan boleh menyebabkan lebih banyak pihak tampil memfailkan saman terhadap mereka.

Permohonan Uber untuk menjadi pencelah akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nor Bee Ariffin, 31 Mei ini. – MYNEWSHUB.CC

IMG_5907

DSC08962


IMG_5912

IMG_5941

 

 


TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori