Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pusat Kesuburan Mahu Jamal...

KENYATAAN dikeluarkan Datuk Jamal Yunos terhadap Datuk Siti Nurhaliza yang berbaur sindiran 'tajam'...

Tak Mungkin Gencatan Senjata...

BAITULMAQDIS : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini berkata tidak mungkin ada...

Pelakon ‘Psiko’ Sepanyol Kantoi...

SEPANYOL – Hampir 22,000 peminat dan pengikut instagram aktres dari Sepanyol, Anna Allen...

Bekas Setiausaha Politik Bakal...

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha politik bekas menteri akan didakwa di mahkamah kerana...

Pembayaran Zakat TH Kepada Maidam Meningkat

KUALA TERENGGANU – Pembayaran zakat Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mencatat peningkatan sebanyak RM3,888,115.01 pada tahun 2015 berbanding RM3,808,531.25 pada 2014.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.09 peratus.

“TH telah pun selesai membuat pembayaran zakat perniagaan kepada 12 institusi zakat dan majlis agama negeri.

“Melalui pembayaran ini, kami berharap pusat zakat dan majlis agama Islam negeri mampu merancang, melaksanakan dan mencapai objektif program yang telah dirancang untuk pembangunan golongan asnaf,” katanya dalam kenyataan Rabu.

Terdahulu beliau menyampaikan cek zakat itu kepada Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail di sini, hari ini. Turut hadir Mufti Negeri Terengganu, Datuk Zulkiply Muda dan Ketua Eksekutif MAIDAM, Datuk Omar Musa.

Ismee berkata TH adalah antara institusi yang membayar zakat perniagaan tertinggi di Malaysia iaitu RM59.3 juta pada tahun 2015 dan ia menunjukkan peningkatan berbanding RM57 juta pada tahun 2014.


“Sebagai sebuah institusi Islam unggul negara, TH bertanggungjawab dalam memastikan pembayaran zakat perniagaan dilaksanakan sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam sekali gus dapat memastikan simpanan pendeposit TH adalah bersih.

“Sebagai institusi yang prihatin dalam melestarikan ekonomi dan menjamin kemaslahatan ummah khususnya golongan asnaf, TH turut melakukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan mengagihkan peruntukan zakat secara terus di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori